BOLA SEPAK
Masa depan Ramos bukan satu kebimbangan -- Bettoni
Masa depan Sergio Ramos tidak memberika kebimbangan kepada penolong jurulatih Real Madrid, David Bettoni, di sebalik khabar angin yang menyatakan pertahanan itu telah mengambil keputusan untuk berhijrah.
Laporan media di Sepanyol mendakwa Ramos bakal meninggalkan Real pada penghujung musim apabila kontraknya berakhir selepas memberikan maklum balas tawaran kontrak terbaru kelab, yang dikatakan bernilai 10 peratus lebih rendah daripada perjanjian sedia ada.
Pemain pertahanan berpengalaman itu telah dikaitkan dengan Paris Saint-Germain (PSG), walaupun mereka dikhabarkan menjauhkan diri daripada khabar angin itu kerana mendakwa Ramos meminta gaji yang lebih besar daripada Kylian Mbappe.
Iklan
Bagaimanapun, masa depan Ramos kekal bukan satu kebimbangan dan hadirnya peluang untuk memilih untuk ke destinasi lain.
Tetapi Bettoni -- yang masih lagi menggantikan ketua jurulatih, Zinedine Zidane, yang kini berada dalam kuarantin kerana positif Covid-19, menegaskan ia bukan satu keadaan yang membimbangkan sekarang, kerana mereka memberi tumpuan kepada pemulihan Ramos daripada pelbagai kecederaan yang dialami sejak pertengahan Disember.
"Saya tidak bimbang [mengenai pembaharuan kontrak Ramos]," kata Bettoni. "Saya melihatnya setiap hari dan dia semakin pulih. Dia adalah kapten kami, seorang profesional yang hebat. Kami tidak akan mengambil risiko dengannya, tetapi saya tidak dapat mengatakan apa-apa lagi."
Pemain berusia 34 tahun itu kini mengalami kecederaan lutut, tetapi dia juga baru-baru ini mengalami masalah hamstring dan kesihatan.
Must-Watch Video