Kedah menyekat hasrat PKNS FC untuk menguasai takhta Liga Super apabila meleburkan rekod tanpa kalah skuad kendalian Datuk K. Rajagobal dengan kemenangan 4-3.
Kemenangan akan membawa Semut Merah ke puncak Liga Super dengan syarat Kedah perlu diatasi di Stadium Shah Alam malam tadi.
"Apabila Kedah menguasai permainan, kami akan memiliki peluang.
"Dengan peluang yang ada dan kualiti yang bagus, mereka mampu menyumbat gol," kata pengendali Kedah, Ramon Marcote.
Skuad Hijau Kuning cuba menafikan keadaan itu dengan melancarkan serangan bertali arus untuk memburu jaringan awal.
Bagaimanapun, nasib lebih menyebelahi tuan rumah yang terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-31 menerusi Faris Ramli.
Kedah dihadiahkan penalti yang mudah disudahkan Liridon Krasniqi pada minit ke-34.
Memasuki babak kedua, PKNS sekali lagi menjarakkan kedudukan, kali ini giliran Mahali Jasuli mencetak gol pada minit ke-46.
Liridon kembali menjadi penyelamat, dengan jaringan keduanya pada minit-57 mengimbangi kedudukan 2-2.
Lang Merah terus melancarkan asakan, dengan percubaan ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar, terkena kaki K. Reuben, sekali gus membawa kepada jaringan ketiga Kedah pada minit ke-69.
Kedah menambah duka tuan rumah menerusi jaringan Arif Farhan Md Isa ketika permainan memasuki masa kecederaan.
Sepakan percuma percuma Mahali sekali lagi merobek gawang Kedah, namun jaringan itu gagal menghalang pelawat untuk membawa pulang tiga mata.
"Pertahanan kami tidak peka dan boleh dikatakan Kedah lebih padat dan peka.
"Kami berhak untuk sekurang-kurangnya seri," kata jurulatih PKNS, Rajagobal.