Diego Maradona berjanji untuk menyelamatkan Gimnasia y Esgrima La Plata dalam satu ucapan emosional ketika diperkenalkan kepada penyokong selepas dia dilantik sebagai ketua jurulatih yang baru.
Maradona menangis ketika memberi ucapan di hadapan peminat di Stadium Juan Carmelo Zerillo itu, di mana legenda Argentina berkenaan menjawat jawatan pertamanya di tanah air sendiri sejak meninggalkan pasukan kebangsaan pada 2010.
Bekas bintang berusia 58 tahun itu membuat dakwaan yang aneh bahawa bekas Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Sepp Blatter, dan bekas Presiden Persatuan Bolasepak Argentina (AFA), Julio Grondona, telah menghalangnya daripada melatih di Argentina sambil berjanji bahawa beliau akan berusaha keras untuk mengubah nasib Gimnasia.
Gimnasia kini menghuni dasar Superliga, lantas Maradona, yang akan bertanggungjawab sehingga akhir musim ini, memberitahu penyokong yang menyambutnya: "Saya tidak mengharapkan semua ini. Apabila saya menjejakkan kaki di sini, sebaik saya melihat semua ini, saya sukar mempercayainya.
"Kami akan berjuang dengan pemain-pemain yang ada. Dengan izin tuhan, Gimnasia akan diselamatkan.
"Saya pernah memberitahu bahawa AFA telah menyingkirkan saya selepas khidmat saya bersama pasukan kebangsaan berakhir. Blatter, serta bekas Setiausaha Konfederasi Bolasepak Amerika Selatan (CONMEBOL), Eduardo, De Luca dan Grondona telah bertindak memusnahkan saya pada 1994.
"Bagaimana untuk saya mengungkapkan perasaan sensasi ini dengan kata-kata. Apabila saya melangkah masuk, saya mula menangis kerana saya kelu tetapi ibu saya muncul lalu menenangkan saya.
"Jelas sekali saya mahu melatih di Argentina. Terdapat dua orang, Blatter dan Grondona, yang mempengaruhi presiden-presiden kelab di sini supaya tidak mengupah saya."
Sepanjang kerjaya kejurulatihan, beliau pernah mengemudi Deportivo Mandiyu de Corrientes, Racing Club, Argentina, Al Wasl, Al-Fujairah dan Dorados, tetapi mendakwa dia telah dinafikan peluang untuk melatih kelab di Argentina.
Gimnasia bakal menghadapi Racing Club, Ahad ini, sebagai perlawanan pertama kendaliannya dan selepas diperkenalkan, beliau memberitahu sidang akhbar: "Saya mahu mengambil sedikit masa dan esok, saya akan mengesahkan kakitangan kejurulatihan dan berkenaan perancangan kami minggu ini sempena bertemu Racing.
"Saya kini sebahagian daripada bola sepak Argentina walaupun sebelum ini, tiada siapa pun yang sudi memberi saya peluang di sini.
"Ada pemimpin kelab yang memberitahu saya, 'saya akan mendapatkan anda selepas Piala Dunia', tetapi hakikatnya mengetepikan saya, malah memburukkan saya.
"Tetapi ini sudah berlalu, sekarang kami perlu bekerja, berusaha dan kami tidak mempunyai pilihan lain lagi. Itulah yang saya beritahu kepada semua pemain."