Skip to main content

Bola Sepak

Manchester United lakar kemenangan di New Jersey

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bruno-fernandes.jpg
Bruno Fernandes menjaringkan dua gol untuk membantu Manchester United menang 2-1 dalam aksi pra-musim ke atas West Ham sebentar tadi.

Pemain skuad Portugal itu, yang sering menjadi penyelamat United musim lalu, sekali lagi berada di barisan hadapan di New Jersey apabila dia menjaringkan dua gol dalam perlawanan ini. 

Kedua-dua pasukan sedang mencari rentak untuk bangkit daripada musim 2024-25 yang kurang memberangsangkan.

Ketua jurulatih United, Ruben Amorim, menunggu dengan penuh sabar bagi menghadapi aksi pra-musim bagi mengukuhkan falsafah taktikalnya, yang akhirnya kelihatan semakin bertapak dalam kalangan pemain United.

United tidak perlu menunggu lama bagi mendapatkan jaringan, penjaga gol The Hammers, Alphonse Areola yang gagal mendakap kemas bola sebelum melakukan asakan hingga menjatuhkannya Ayden Heaven. 

Fernandes dengan tenang menyumbat gol menerusi sepakan penalti sekaligus menjadikan gol pertama United dalam pramusim.

Amad Diallo menyangka dia telah menggandakan kelebihan United dengan 38 minit bermain apabila dia menamatkan hantaran Manuel Ugarte, bagaimanapun terpaksa dibatalkan kepada berada dalam kedudukan ofsaid.

Gol kedua Fernandes terhasil menerusi rembatan dari luar kotak penalti, berpunca daripada kegagalan barisan pemain West Ham mengawal penguasaan bola, menyaksikan rembatan kapten pasukan United itu gagal dibaca Areola sebelum menembusi gawang.

Jarod Bowen mengurangkan defisit jaringan namun tidak membatalkan hajat United untuk memastiken kemenangan diperoleh dalam perlawanan ini.

 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video