Edinson Cavani akan terus diketepikan dalam perjalanan Manchester United ke Bramall Lane, awal pagi esok, gara-gara kecederaan otot.
Penyerang Uruguay itu terpaksa dikeluarkan dalam separuh masa pertama ketika United menang 3-1 di West Ham, awal bulan ini.
Dia terlepas perlawanan menentang RB Leipzig dan Manchester City sebelum kembali menjalani latihan minggu lalu.
Kemas kini di laman sesawang rasmi United hari ini mengesahkan tonggak berusia 33 tahun itu "nampaknya berjalan dengan baik".
Namun, Ole Gunnar Solskjaer tampak dalam keraguan bahawa anak buahnya itu akan diturunkan.
Dia berkata kepada wartawan: "Kami harus berhati-hati dengan sedikit tekanan dan masalah. Keputusan harus dibuat sebelum sepak mula Sheffield United hingga perlawanan di Aston Villa, jadi kami perlu berhati-hati.
"Edinson telah melakukannya dengan baik dalam program pemulihan, kami masih perlu membuat keputusan sekiranya ingin mempertaruhkannya, adalah sedikit risiko untuk mengerahkannya terlalu awal, jadi saya ragu-ragu bahawa dia akan terpilih esok."
Walaupun The Red Devils gagal mencipta kemenangan ke atas Leipzig dan City baru-baru ini, kejayaan di Blades akan menyaksikan mereka muncul pasukan keempat yang memenangi 10 perlawanan liga berturut-turut .
Mereka perlu memanfaatkan peluang mereka memandangkan Sheffield United telah tewas tujuh kali di kandang sendiri sepanjang tahun ini dan hanya mengumpulkan satu mata pada 2020-21.
Begitupun, masalah The Blades itu bukan tumpuan Solskjaer yang sebaliknya berterima kasih kepada kelab itu kerana menangani pinjaman Dean Henderson selama dua tahun sebelum kembali ke Old Trafford dalam pra-musim ini.
"Ini menunjukkan faedah beberapa perjanjian pinjaman," katanya.
"Dean telah berusaha mencapai peringkat ini melalui sistem itu dan selama dua tahun di Sheffield United, ia mengubahnya menjadi seorang penjaga gol yang matang dan berkualiti.
"Dia menimba pengalaman dalam Liga Kejuaraan dan tahun pertamanya dalam Liga Perdana sangat berharga buat kami dan dirinya sendiri.
"Dia membuat kemunculan pertama bersama, dia semakin memahami gaya Manchester United, permainan kami sedikit berbeza, kami membuat beberapa tuntutan yang berbeza daripadanya tetapi kami sangat berterima kasih kepada Sheffield United dan pengurus, Chris Wilder, kerana memberinya kesempatan untuk berkembang. "

?️ Ole on @DeanHenderson: "He's worked his way up through the system and the two years at Sheffield United have made him come back as a more mature, quality keeper.
— Manchester United (@ManUtd) December 16, 2020
"Since he's come back, he's learning the United style more and more."#MUFC #SHUMUN pic.twitter.com/JLgE7cFOn7