Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Man Utd: Marcus Rashford minta peminat 'berhenti sebar khabar angin berniat jahat'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rrr.jpg
Pada Isnin, sebuah akaun sosial media peminat popular, The United Stand memuat naik video bertajuk ‘Masa depan Rashford diragui?’ sehingga menimbulkan persoalan tentang komitmennya kepada kelab.
Dalam perlawanan Liga Perdana terakhir, Rashford tidak terlibat dalam kemenangan United 1-0 ke atas Fulham pada Sabtu susulan kecederaan serta gagal dalam ujian kecergasan sebelum sepak mula.


“Tolong berhenti menyebarkan khabar angin berniat jahat” Rashford meninggalkan komen pada video yang dimuat naik akaun sosial media The United Stand.

Prestasi Rashford musim ini nyata menurun berbanding musim lalu dengan berjaya mencetak 30 jaringan.

Pemain berusia 26 tahun itu setakat ini hanya berjaya meledak gol sekali selepas 14 penampilan dalam kesemua pertandingan malah Rashford juga dikritik oleh Ten Hag selepas mendapati pemain itu pergi bersuka-ria ke pesta kelab malam usai kekalahan 3-0 kepada Manchester City di Old Trafford pada 29 Oktober.

Bagi Ten Hag, perbuatan itu tidak dapat diterima namun Rashford tetap dipertaruhkan dalam perlawanan Carabao Cup berdepan Newcastle tiga hari kemudian yang berakhir seri, kemudian tampil sebagai pemain gantian pada minit ke-65 dalam satu lagi kekalahan 3-0 di laman sendiri.

United selepas ini bakal beraksi pada Rabu menentang kelab Denmark, Copenhagen dalam Liga Juara-Juara Eropah.

Advertisement

Must Watch Video