Skip to main content

Bola Sepak

Malaysia miliki potensi tanpa batas -- Kim Pan-gon

kpg-out-2.jpg
Kim Pan-gon percaya masa depan bola sepak negara sangat luas dan Malaysia mampu untuk menjadi lebih cemerlang pada masa akan datang. 

Pengendali dari Republik Korea itu telah mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan selepas hampir tiga tahun mengendalikan pasukan Harimau Malaya. 

Antara pencapaian yang terbaik merupakan memperbaiki ranking dunia FIFA sementara layak ke pentas Piala Asia secara merit buat pertama kali sejak 42 tahun.

Ditanya oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Zam, mengenai masa depan bola sepak Malaysia, Pan-gon percaya Malaysia memiliki potensi yang sangat luas untuk maju ke hadapan.

"Malaysia memiliki banyak potensi. Mungkin apa yang telah saya lakukan ini hanyalah separuh sahaja. Saya yakin Malaysia memiliki potensi yang sangat banyak," katanya. 

"Apabila saya tiba di sini, Malaysia berjaya memperbaiki ranking dunia kepada ke-135. Ia membuktikan Malaysia memiliki potensi untuk melangkah ke hadapan. 

"Malaysia memiliki satu kelebihan, AMD (Akademi Mokhta Dahari) harus digunakan sebaik mungkin. Setiap tahun bakat baru perlu dilahirkan. Ia adalah platform yang sangat baik untuk melahirkan bakat baru. 

"Mungkin esok saya akan kecewa dengan keputusan ini. Saya mahu anda untuk terus positif dan kekal berusaha serta mempercayai potensi dimiliki pasukan Malaysia."

Advertisement

Must Watch Video