Skip to main content

Bola Sepak

Malam yang sempurna -- Klopp

jurgen-klopp_.jpg
Jurgen Klopp memuji malam yang sempurna ketika Liverpool menerima semula kehadiran penyokong di Anfield dengan kemenangan 4-0 ke atas Wolves.

Ketika bandar Liverpool berada dalam kategori Tier 2 menerusi sistem kawalan pergerakan yang dikeluarkan kerajaan UK, 2,000 penyokong dibenarkan hadir ke perlawanan ketika bertemu Wolves.



Ia merupakan kali pertama sejak pandemik coronavirus bahawa penyokong dibenarkan masuk menyaksikan perlawanan.

Liverpool dinobat selaku juara liga buat pertama kali dalam tempoh 30 tahun Jun lalu, tetapi mengangkat trofi di Anfield tanpa kehadiran penonton.

Klopp tidak memiliki sebarang kata-kata kecuali bersifat positif selepas tamat perlawanan.

"Ia malam yang sempurna, sejujurnya," katanya.
 

"Ia sungguh indah, kami memanaskan badan dan semua pemain berasakan telah sesuatu yang unik.

"Saya telah berkata kepada pemain-pemain bahawa kita tidak tahu bagaimana keadaannya selepas kehadiran semula penyokong di stadium. Kami perlu menghadapinya dengan apa jua sekali pun.

"Namun ia sungguh sempurna. Sorakan yang diberkan kepada pasukan, mereka berdiri menyaksikan kami beraksi dan anda dapat melihat mereka telah lama menunggu saat ini."
 

Liverpool meraih kemenangan menerusi jaringan Mohamed Salah, Georginio Wijnaldum, Joel Matip dan gol sendiri pemain Wolves, Nelson Semedo.

 

Advertisement

Must Watch Video