BARCELONA 1 REAL MADRID 2
Jude Bellingham mengakui dia telah melakukan sesuatu yang hebat selepas hampir seorang diri memacu Real Madrid untuk memenangi El Clasico pertamanya, malam tadi.
Pemain tengah England itu menyumbat gol penyamaan yang menakjubkan dan memastikan kemenangan dramatik pada masa kecederaan ketika Real bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan musuh ketat, Barcelona 2-1, di Stadium Olimpik Lluis Companys.
Ia meneruskan rentak permulaan luar biasanya sebagai pemain Real Madrid yang menyaksikan pemain berusia 20 tahun itu kini telah menyumbangkan 13 gol buat Los Blancos.
Bellingham memberitahu laman web kelab: “Saya telah menonton banyak aksi Clasico dari sofa bersama keluarga saya dan saya memberitahu mereka bahawa hari ini giliran saya untuk mengharunginya dan melakukan sesuatu yang hebat. Saya telah melakukannya dan saya sangat gembira.”
Real ketinggalan dalam babak pertama selepas dihukum jaringan awal Ilkay Gundogan dan Bellingham mengakui dia tidak berada di tahap terbaik.
Bagaimanapun, bahawa dia hanya mempunyai satu matlamat di fikirannya ketika mempunyai peluang melakukan rembatan terbuka 25 dari ela selepas 68 minit permainan berlalu.
Dia belum puas dengan gol penyamaan tersebut sebelum melancarkan sat voli masuk dari jarak dekat pada detik-detik perlawanan untuk memuktamadkan tiga mata pelawat.
Dia berkata: "Saya tidak berada pada tahap terbaik saya. Kadang-kadang ia bukan tentang cuba melakukan sesuatu yang istimewa setiap kali mempunyai bola, tetapi untuk menggabungkan dengan rakan sepasukan yang berada di atas.
“Saya melaksanakan tugas itu dengan baik tetapi sebaik mendapat bola di kedudukan sebegitu, saya tahu saya mampu menjaringkan gol.
“Saya mendapat bola di penjurukotak penalti. Saya telah mengatakan selama beberapa minggu lalu bahawa saya perlu mencuba dari luar kotak penalti.
“Mungkin pihak lawan mengharapkan saya cuba masuk ke dalam kotak atau bergabung dengan rakan sepasukan dan saya mahu mengejutkan mereka dengan rembatan dari luar kotak penalti.
"Saya tahu saya mempunyai teknik itu dan kemudian bola menerjah ke sudut atas."