Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Magiera puji kejayaan Legia sebagai "kejayaan seluruh Poland"

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

magiera-hails-legia-victory-as-for-all-of-poland-.jpg
LEGIA WARSAW 1 SPORTING CP 0

Ketua jurulatih Legia Warsaw, Jacek Magiera, berkata kemenangan 1-0 pasukannya ke atas CP Sporting dan kelayakan ke Liga Europa adalah satu "kejayaan bagi seluruh bola sepak Poland".


Jaringan babak pertama oleh Guilherme sudah cukup untuk memberikan Legia kemenangan di sebalik kebangkitan pada lewat perlawanan daripada kelab Portugal itu.

Juara Poland itu terselamat daripada permulaan yang sukar dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) Kumpulan F, dengan mencatatkan keputusan seri 3-3 yang mengagumkan ketika bertemu Real Madrid di laman sendiri sebelum menempuhi kekalahan yang memalukan 8-4 kepada Borussia Dortmund.

Magiera berkata prestasi tersebut yang membantu pasukannya untuk kembali bangkit dan mencatatkan kemenangan ke atas Sporting.

"Kami percaya untuk berjaya, perlawanan yang telah kami lalui sebelum ini bukannya satu perlawanan yang sia-sia," katanya kepada Onet Sport.

"Tahniah kepada pasukan. Secara jujurnya, kami mempunyai dua atau tiga peluang yang sangat baik.

"Ini adalah kejayaan keseluruhan bola sepak Poland, bukan hanya Legia. Saya gembira dan saya berharap bahawa seluruh Poland juga merasakannya.

"Semua pemain melakukan tugas yang hebat, semuanya seperti yang diharapkan.

"Hari ini, kami adalah satu pasukan dalam serangan dan pertahanan. Kami sedar apa yang kami mahu."

Advertisement

Must Watch Video