Skip to main content

Bola Sepak

Macam wanita, kadangkala anda bertelagah -- Neymar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

neymar-cropped_1ilapy9omb8ne1o7yw6z5haydv.jpg
Neymar menolak andaian hubungannya dengan peminat Paris Saint-Germain (PSG) semakin retak sambil berkata "kadangkala ia seperti wanita, ada waktu anda bertekak dan tidak bertegur".

Bintang PSG, Neymar, yang menikmati kepulangan bersama skuad ibu kota Perancis itu selepas gagal kembali menyertai Barcelona, menjaringkan tiga gol dalam empat perlawanan.

Keinginannya untuk kembali ke Barca telah membuatkan peminat PSG berang, menyebabkan mereka memaki dan memaparkan kain rentang terhadapnya ketika dia kembali beraksi menentang Strasbourg, 14 September lalu.

Namun, Neymar dilihat tidak terkesan, menjaringkan gol dalam kemenangan 1-0 ke atas Bordeaux dalam saingan Ligue 1 dan dia menolak kerosakan hubungan dengan peminat PSG.

"Ia seperti wanita. Kadangkala anda bertelagah dan tidak bercakap," katanya.

"Bagaimanapun, dengan perhatian dan kasih sayang, anda kembali normal. Saya di sini untuk membantu PSG dan memberikan segalanya di atas padang."

Neymar juga menambah kepada beIN SPORTS: "Saya sangat gembira! Saya suka membantu pasukan, tidak kira hasilkan jaringan atau bantuan gol! Saya ke sini untuk itu dan saya mahu melakukannya.

"Saya gembira apabila kembali dalam aksi yang sukar dan penting. Kylian Mbappe? Dia kembali dengan senyuman dan perasaan gembira."

Neymar dan Mbappe beraksi bersama selama 70 minit tatkala PSG bangkit daripada kekalahan mengejut 2-0 di tangan Reims di laman sendiri, Rabu lalu.

"Kami memenangi aksi hari ini melalui perasaan yang bagus serta persefahaman baik antara satu sama lain, berbekalkan serangan pantas! Ia berjalan lancar," ujar Mbappe.

"Ketiadaan saya? Ia lama dan sukar. Apabila pasukan tewas, anda mahu kembali secepat mungkin tetapi tidak boleh tergesa-gesa. Ia tidak mudah tetapi kini sudah tamat!"

Advertisement

Must Watch Video