Skip to main content

Bola Sepak

LWN: Selangor hampir gigit jari

453305259_122120854838342882_1479205649105538714_n.jpg
Pasukan berstatus elit, Selangor dipaksa bermandi peluh untuk raih satu  mata selepas Malaysian University memberikan tentangan sengit.



Sejak wisel permulaan ditiup, Malaysian University secara konsisten menekan kubu pertahanan Selangor.

Dan ianya mula membuahkan hasil apabila Nur Syafiqah Zainal Abidin menewaskan gawang kendalian Nur Ezza Ashikin.

Sejak pada itu, Selangor tertekan untuk memperagakan aksi terbaik — malah seringkali mensia siakan peluang terhidang.

Pada ketika Selangor semakin hampir untuk tewas sekali lagi musim ini — watak penting perlawanan ini hadir menerusi kelibat Nur Ainsyah MuraD.

Jaringan berkelas dunia itu memberi impak besar buat Selangor yang semakin garang di penghujung aksi.

Peluang keemasan Selangor untuk meraih kemenangan bagaimanapun di-sia-siakan Nur Adrienna apabila tampanan jarak dekatnya jauh tersasar.

Kedudukan satu sama itu kekal tamat sepenuh masa.
 

Advertisement

Must Watch Video