Skuad Harimau Malaya perlu segera melupakan kemenangan manis 3-2 ke atas Indonesia semalam dan sebaliknya memberi fokus memburu kemenangan ke atas Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam aksi kedua Kumpulan G, Pusingan Kelayakan Kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil Selasa depan.
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, berbangga dengan kejayaan skuad kebangsaan kendalian Tan Cheng Hoe itu membawa pulang tiga mata penuh dalam aksi di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, malam tadi, namun meminta pemain agar tidak terbawa-bawa dengan kemenangan tersebut.
"Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh anggota skuad Harimau Malaya daripada pengurus pasukan, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, penolong pengurus, Datuk Posa Majais, ketua jurulatih Tan (Cheng Hoe), barisan kejurulatihan dan pegawai serta yang paling utama para pemain yang telah menampilkan semangat juang tinggi sehingga ke penghujung permainan untuk kita berjaya mencapai misi dan sasaran membawa pulang tiga mata penuh dari Jakarta.
"Kita tak boleh terlalu bergembira dan leka dengan kemenangan ini kerana ia baru permulaan.
"Banyak lagi cabaran dan halangan yang perlu kita hadapi jika ingin berjaya layak ke pusingan akhir Piala Asia 2023 dan juga pusingan seterusnya bagi Kelayakan Piala Dunia 2022,” katanya menerusi laman Facebook FAM.
Pemain naturalisasi dari Gambia, Mohamadou Sumareh, yang masuk ke padang selaku pemain gantian pada penghujung babak pertama perlawanan, menjadi wira skuad negara apabila meledak gol kemenangan pada masa kecederaan dalam babak kedua.
Kedua-dua pasukan sebelum itu terikat 2-2, dengan penyerang Indonesia kelahiran Brazil, Alberto Goncalves, membuka jaringan untuk skuad Garuda pada minit ke-12 sebelum Sumareh menyamakan kedudukan untuk Malaysia pada minit ke-37.
Goncalves, yang beraksi dengan Madura United, kembali meletakkan Indonesia di hadapan pada minit ke-39, sebelum Muhammad Syafiq Ahmad menyamakan kedudukan untuk skuad Harimau Malaya pada minit ke-65.
Kemenangan tersebut menyaksikan Malaysia mengakhiri kemarau kemenangan di kubu skuad Garuda itu selepas kali terakhir Malaysia menewaskan Indonesia pada 2004, dengan jaringan 2-1 dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki.
-- BERNAMA