BOLA SEPAK
Lupakan Barcelona, Juventus perlu terus pamer aksi cemerlang -- Pirlo
Andrea Pirlo mahu Juventus mengetepikan aksi cemerlang dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) ketika mengatasi Barcelona, namun juara Serie A itu perlu mengulangi persembahan di Nou Camp dalam aksi yang mendatang.
Aksi cemerlang skuad kendalian Pirlo menyaksikan mereka menang 3-0 ke atas Barca dan mengetuai kumpulan walaupun tewas dalam aksi di laman sendiri ketika Cristiano Ronaldo positif coronavirus.
Iklan
Ronaldo meledak dua gol dan Weston McKennie melepaskan rembatan voli ketika The Bianconeri mempamerkan persembahan yang klinikal.
Tetapi saingan Eropah itu bakal berehat sehingga tahun depan, bermakna tumpuan Juve kini kembali kepada saingan domestik bertemu Genoa.
Perlawanan hari ini bakal menjadi yang pertama daripada empat sebelum rehat pertengahan musim dan Juve ketinggalan enam mata di belakang Milan.
"Jika kami masih memikirkan tentang Barcelona, mari lupakannya," kata Pirlo kepada Juventus TV. "Kami perlu melihat ke hadapan.
"Ia perlu bukan hanya perlawanan bertemu Barcelona, kami perlu meneruskan cara kami bermain untuk perlawanan akan datang.
— JuventusFC (@juventusfcen) December 12, 2020
"Perlawanan [seperti bertemu Barca] memberikan kesedaran di sebalik peningkatan pasukan, jadi ia boleh digunakan sebagai lonjakkan bagi baki perlawanan sebelum rehat pertengahan musim.
"Kami perlu memililki keinginan dan tumpuan yang sama. Kerana jika tidak, kami akan dikejutkan sesuatu yang tidak diingini."
Must-Watch Video