Luka Modric meninggalkan Real Madrid pada penghujung musim 2024/25, menutup satu era cemerlang selepas 13 tahun bersama kelab.
Sepanjang tempoh itu, dia telah mencipta nama sebagai pemain paling banyak meraih trofi dalam sejarah Los Blancos.
Modric telah menjulang 28 trofi sepanjang bergelar pemain kelab LaLiga itu. Antaranya adalah:
• 6 Piala Liga Juara-Juara
• 4 La Liga
• 2 Copa Del Rey
• 5 Piala Dunia Kelab Fifa
• 5 UEFA Super Cup
• 5 Supercopa
• 1 Piala Intercontinental Fifa
Pemain kebangsaan Croatia juga telah memenangi gelaran anugerah berprestij, Ballon d’Or 2018, FIFA Best Men’s Player 2018 dan UEFA Player of the Year pada tahun yang sama, sekali gus memperkukuh pengaruhnya sebagai salah satu pemain bertaraf dunia.
Perlawanan menentang Paris Saints-Germain (PSG) menjadi perlawanan terakhir Modric menyarung jersi Real Madrid.
Dia bakal berkelana ke Itali untuk memperkuat pasukan AC Milan pada musim akan datang.