Skip to main content

Bola Sepak

Logo Piala Dunia 2022 dilancarkan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

world-cup-2022.jpg
Lambang rasmi untuk Piala Dunia 2022 Qatar telah dipersembahkan oleh pihak penganjur.

Logo itu merupakan inspirasi daripada budaya dan landskap Arab tempatan dan serantau, digambarkan mengandungi "visi penganjuran acara tersebut yang menghubung dan melibatkan seluruh dunia".

"Lengkung pada logo tersebut mewakili gurun pasir di bumi Arab dan gelung yang tidak terputus membentuk nombor lapan -- sebagai tanda lapan stadium menakjubkan yang bakal menganjurkan perlawanan," demikian menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

"Simbol infiniti itu juga merupakan simbol legasi Piala Dunia Qatar 2022, yang bakal terus menjadi inspirasi kepada pembangunan di Qatar selepas berakhirnya kejohanan tersebut."

Dengan kejohanan bakal berlangsung di antara bulan November dan Disember buat kali pertama dalam sejarah, bahagian tengah logo juga telah mengambil inspirasi daripada selendang berbulu tradisional.

Ia simbolik pakaian penduduk tempatan ketika musim sejuk di mana selendang dipakai di seluruh dunia dalam pelbagai gaya, khususnya di rantau Arab dan Teluk.


Pelancaran tersebut telah dilakukan pada Hari Kemerdekaan Qatar di tengah ibu negara Qatar, Doha, dan ribuan penonton menyaksikan unjuran logo yang dipancarkan ke beberapa bangunan ikonik.

Persiapan kejohanan bola sepak terbesar dunia itu telah diselubungi dakwaan layanan mereka terhadap pekerja asing yang bertugas membangunkan stadium di sana.

Jawatankuasa Tertinggi Piala Dunia 2022 mengambil langkah dengan memperkenalkan pembaharuan kebajikan pada tahun 2014 berikutan tekanan daripada kumpulan hak asasi manusia.
 

Advertisement

Must Watch Video