Skip to main content

Bola Sepak

Lionel Messi terpilih Pemain Asing Paling Bernilai Ligue 1

messi.jpg
Lionel Messi secara rasmi akan meninggalkan Perancis sebaik sahaja kontraknya bersama Paris Saint-Germain (PSG) tamat dua hari lagi. 

Bagaimanapun, bintang Argentina itu akan berhijrah dengan satu lagi pengiktirafan apabila diumumkan sebagai Pemain Asing Terbaik untuk musim 2022-23 Ligue 1 melalui tinjauan pendapat yang dianjurkan oleh Ligue de Football Professionnel. 

Pemenang Piala Dunia FIFA 2022 itu memenangi lebih 52 peratus undian di Twitter yang dijalankan oleh pengelola liga berkenaan.
 

Pemegang tujuh kali Ballon d'Or itu mendahului penyerang Chile yang mewakili Olympique de Marseille, Alexis Sanchez (52.1 peratus), penyerang Stade de Reims, Folarin Balogun (13.7 peratus) dan penyerang Lille OSC, Jonathan David (10.8 peratus).

Messi mempamerkan bakatnya yang tiada tandingan dengan menamatkan saingan menerusi 16 bantuan jaringan musim lalu. 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video