Kylian Mbappe perlu berpindah menyertai LaLiga atau Liga Perdana Inggeris (EPL) jika mahu bersaing di peringkat tertinggi, kata bekas penyerang Barcelona, Hristo Soichkov.
Bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu sekali lagi mencuri tumpuan mengenai masa depannya bersama juara Ligue 1 berkenaan memandangkan kontraknya sudah hampir tamat.
Selepas menolak tawaran untuk menyertai Real Madrid tahun lalu untuk kekal dua tahun lagi di Parc des Princes, penyerang pemenang Piala Dunia bersama Perancis itu sekali lagi enggan melanjutkan kesepakatan berkenaan.
Ia mengakibatkan pemain berusia 24 tahun itu digugurkan daripada skuad jelajah Asia pramusim PSG dan Stoichkov percaya Mbappe perlu berpindah ke luar negara seandainya benar-benar mahu mencabar dirinya.
"Dia pemain yang hebat," katanya kepada Stats Perform.
"Kami pernah bercakap di belakang tabir dan dia berkata bahawa impian terbesarnya adalah untuk memenangi Ballon d'Or. Amat sukar untuk mencapai tahapnya tetapi lebih sukar untuk mengekalkannya.
"Mungkin PSG memilihnya, memilih (Lionel) Messi, memilih Neymar, memilih Sergio Ramos dan (Gianluigi) Donnarumma untuk memiliki pasukan yang kompetitif dan mampu memenangi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) tetapi ia tidak berlaku.
"Jika Mbappe mahu bersaing di tahap terbesar, dia perlu ke liga Sepanyol atau EPL. Di England, ada pasukan yang boleh menandatanganinya seperti Manchester City, Liverpool atau Arsenal.
"Tetapi dia perlu memilih jalan yang dia rasakan lebih selesa kerana ia bukan mudah. Dia akan berdepan berdepan banyak tekanan dengan jangkaan ke atasnya.
"Kylian seorang yang amat baik dan rendah diri. Ada yang mengatakan dia sombong tetapi dia bukan seperti itu. Dia seorang yang amat bertimbang rasa dan dia tahu apa yang dimahukannya.
"Harap-harap suatu hari nanti Kylian akan mendapat peluang untuk memenangi Ballon d'Or kerana dia layak mendapatkannya," katanya.

The Parisian squad for the tour in Japan. ⤵️https://t.co/8lGkxbRJA2
— Paris Saint-Germain (@PSG_English) July 21, 2023