Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: JDT fokus setiap minit -- Irazabal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jon-irazabal.jpg
Di sebalik penampilan sulung sempurna dua tonggak baharu Johor Darul Ta'zim (JDT), Ager Aketce dan Raul Parra, tumpuan kem Harimau Selatan turut terarah kepada tonggak pertahanan, Jon Irazabal, yang tampil cemerlang menumbangkan Penang, malam tadi. 

Pemain warisan negara itu menambah gol peribadi untuk berkongsi kedudukan bersama rakan sepasukan, Jairo da Silva, dan penyerang Selangor, Chrigor Moraes, sebagai penjaring terbanyak Liga Super setakat ini. 

"Tak kisah saya menyumbangkan gol mahupun tidak selagi pasukan mencapai kemenangan. 




"Kami beraksi dengan sangat baik, fokus setiap minit dan mendominasi setiap posisi jadi kami sangat gembira," katanya pasca perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim itu. 

Namun, menariknya Irazabal menikmati rentak cemerlangnya dalam musim pertamanya dalam Liga Malaysia (Liga-M) itu sebagai seorang pertahanan.

"Saya gembira dapat menyumbangkan gol tapi apa yang paling penting adalah kemenangan pasukan," katanya lagi.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Topik Berkaitan

Must Watch Video