Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super tetap jadi keutamaan Cheng Hoe

tan-cheng-hoe.jpg
Kedah seakan-akan sudah selangkah ke separuh akhir Piala FA apabila mencatat kemenangan besar 6-1 ke atas PKNP FC dalam aksi suku akhir pertama malam tadi bagi mengulangi pencapaian mereka pada musim lalu.

Lang Merah ternyata tidak menghadapi masalah untuk mencari kemenangan selesa di laman sendiri.

Enam gol yang terhasil membuktikan Kedah terlalu kuat untuk dikekang, sekaligus memberikan anak buah Tan Cheng Hoe bekalan selesa apabila bertandang ke Ipoh, 21 April ini.

Bagaimanapun, bagi Cheng Hoe, dia kini sedang membuat pertimbangan untuk menurunkan barisan simpanan menjelang suku akhir kedua nanti kerana keutamaan tetap perlu diberikan terhadap saingan Liga Super.

"Kami akan lihat perlawanan  kedua nanti kerana dalam bulan ini, kami juga perlu beraksi dalam Liga Super, jadi kami perlu menilai sama ada barisan pemain cergas untuk beraksi dalam suku akhir kedua," katanya.

Di kem PKNP, pengendalinya, Abu Bakar Fadzim, menjelaskan kegagalan mengawal perasaan gugup menjadi faktor utama buat barisan anak buahnya yang longlai di Stadium Darulaman, dan mereka akhirnya dihukum dengan ketangkasan barisan pemain Kedah.

"Kami tidak boleh membuat kesilapan mudah, apatah lagi beraksi di peringkat suku akhir dan berdepan pasukan yang sedang berada di tahap terbaik.

"Apabila kesilapan itu berlaku, sudah tentu kami akan dihukum," ujar Abu Bakar.

 

Advertisement

Must Watch Video