LIGA SUPER MSIA
Liga Super: Siapa lebih layak huni tangga kedua?
Liga utama bola sepak Malaysia, Liga Super, bagi musim 2024/2025 hampir menutup tirai dengan lima perlawanan terakhir.
Tidak dapat dinafikan, pasukan Johor Darul Takzim (JDT) hampir pasti menjulang piala kemegahan buat kesekian kalinya berdasarkan prestasi semasa dengan memimpin liga sejak dari mula. Sehingga perlawanan ke 19, JDT mengumpul 55 mata, 13 mata mendahului Selangor (SFC) di tanggan kedua. Indikasi yang menunjukkan permainan konsistant JDT ialah perbezaan gol (gol dijaringkan – gol dibolosi) paling tinggi iaitu 61 gol dengan gol purata bagi setiap perlawanan adalah 3.95 gol.
Tambahan, dengan prestasi semasa, JDT mencatatkan 95% kadar kemenangan, mereka tidak mempunyai masalah untuk mengekalkan piala kemenangan di Stadium Sultan Ibrahim.
Iklan
Apa yang menarik untuk dibincangkan ialah perebutan tempat kedua antara Selangor dan Sabah. Pasukan mana yang lebih layak untuk menghuni tangga kedua dan seterusnya layak untuk mengisi slot ke liga juara-juara AFC 2?. Prestasi semasa menunjukkan Selangor mengumpul 42 mata, mempunyai lebihan 10 mata berbanding Sabah dengan kelebihan dua perlawanan.
Namun, adakah jumlah mata dan kedudukan liga semasa memberikan idikasi yang tepat?. Mata di carta kedudukan liga biasanya di pengaruhi oleh ’outcome bias’ dan lebih tepat jika kita melihat kepada indikasi perbezaan gol bagi menentukan mutu persembahan sesuatu pasukan.
Jika dibandingkan dengan jumlah jaringan gol, Sabah menjaringkan 34 gol, kurang dua perlawanan berbanding Selangor. Selangor hanya mampu untuk menjaringkan 33 gol hasil dari dua perlawanan melebihi Sabah.
Namun, apa yang lebih penting ialah jumlah perbezaan gol.
Sabah menunjukkan kemantapan jentera serangan dengan mencetak lebih banyak gol tapi Selangor menunjukkan keseimbangan dalam prestasi dengan hanya melepaskan 14 gol berbanding Sabah melepaskan 26 gol. Jumlah mata pada carta liga tidak dapat meneberikan gambaran yang tepat tentang mutu persembahan pasukan.
Perbezaan gol merupakan indikasi yang lebih tebat untuk menentukan kualiti pasukan dan Selangor menunjukkan kelas tersendiri dengan mencatatkan jumlah perbezaan gol sebanyak 19 golberbanding Sabah hanya lapan gol. Data ini menunjukkan Sabah mungkin pasukan yang tepat dalam serangan namun lemah dalam pertahanan.
Baki perlawanan seterusnya bagi kedua-dua pasukan adalah tiga perlawanan di laman sendiri dan dua kali mereka bertandang ke tempat lawan. Bagi prestasi di laman sendiri, Selangor menunjukkan prestasi yang baik apabila memenangi 8 dari sembilan perlawanan dan hanya kalah sekali dengan memungut 24 mata dan perbezaan gol sebanyak 15.
Sabah pula seakan tidak mendapat kelebihan yang mutlak di gelanggan sendiri apabila mencatatkan empat kemenangan daripada lapan perlawanan, dua seri dan dua kalah. Mata yang dikumpul hasil daripada perlawanan di tempat sendiri ialah 14 dengan perbezaan gol hanya enam.
Bagi prestasi di tempat lawan, Sabah mencatatkan lebih banyak kemenangan, enam daripada sembilan perlawanan (66.7 peratus) berbanding Selangor hanya mencatatkan 50 peratus kemenangan dari 10 perlawanan.
Kedua-dua pasukan mencatatkan mata bagi perlawanan di tempat lain sebanyak 18 mata dengan perbezaan gol sebanyak empat bagi Selangor dan dua gol dari Sabah.
Berdasarkan prestasi di tempat lawan, Sabah mempunyai peluang untuk mencuri 3 mata apabila mereka bertemu di Stadium MPSJ pada 23 Febuari 2025.Tambahan, purata jaringan gol bagi setiap perlawana menunjukkan Sabah lebih baik dengan 3.53, kedua terbaik selepas JDT manakala Selangor hanya mencatatkan purata 2.5 gol.
Tambahan, Selangor lebih bergantung kepada dua peledah berbisa mereka iaitu Fernandez (sembilan gol) dan Fortes (lapan gol) dan ianya mampu diramal dengan mudah oleh Sabah.
Bagaimanapun, ianya bukan tugas yang mudah bagi Sabah walaupun data memihak mereka apabila beraksi di tempat lawan. Selangor menunjukkan prestasi yang amat membanggakan apabila mencatatkan 89 peratus kemenangan pada aksi di laman sendiri. Selain itu, Selangor mencatatkan 67 peratus daripada perlawanan di tempat sendiri tanpa dibolosi.
Perlawanan sesama mereka pada 27 Febuari 2025 pastinya sengit kerana ianya mampu untuk menambah kerancakan perebutan tempat ke dua liga. Sekiranya Selangor memenangi perlawanan tersebut, ianya sedikit sebanyak akan mematikan langkah Sabah tetapi jika keputusan sebaliknya, persaingan pasti sengit sehingga ke akhir liga.
Namun harus diingat, pasukan-pasukan seperti Terengganu, PDRM dan Kuching City mampu menjadi penentu kepada perebutan ini kerana dalam bola sepak kesan rawak untuk sesuatu perlawanan adalah amat tinggi.
Berdasarkan kualti yang dibincangkan antara kedua-dua pasukan ini, saya memilih Selangor untuk memenangi tempat ke dua liga berdasarkan kepada persembahan Selangor yang lebih konsistant berbanding Sabah.
Kredit: Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam, Norasrudin Sulaiman, PhD.
Must-Watch Video