PERAK 0 PENANG 2
Penang pulang dengan tiga mata selepas kemenangan 'derby' di Ipoh sebentar tadi.
Resepi Akmal Rizal Rakhli ternyata membayangi perancangan Yusri Che Lah menerusi kemenangan 2-0 di Stadium Perak.
Penang memanfaatkan peluang di depan kotak penalti itu menerusi sepakan percuma sempuna Neto Oliviera sebelum memasuki bilik persalinan.
Situasi bola pegun itu berlaku berikutan rembatan Syamer Kutty Abba terkena tangan pemain import tuan rumah, Luiz Henrique Motta.

Perak cuba mengimbangi kedudukan tetapi segala usaha mereka buntu untuk menembusi gawang Harimau Kumbang yang dikawal rapi Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman.
Ketika asyik mengasak, kubu Perak terleka dan dihukum oleh sentuhan penyudah Alif Ikmal Rizal hasil gerakan hantaran jauh, seterusnya membuatkan Yusri tergamam di bangku simpanan.