Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Penang kena mula atur rentak kemenangan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

penang-2025.jpg
Ketua jurulatih Penang, Wan Rohaimi Wan Ismail, mengingatkan pasukannya agar berwaspada dengan cabaran yang bakal ditampilkan Imigresen menjelang perlawanan minggu kesembilan Liga Super, esok. 

Pengendali kelahiran Kelantan berusia 49 tahun itu menggesa Harimau Kumbang supaya memanfaatkan sebaik mungkin peluang beraksi di laman sendiri, Stadium Bandaraya, bagi merealisasikan misi mencatat kemenangan kedua selepas mengharungi tujuh perlawanan liga musim ini.

"Kami tidak boleh pandang rendah. Musim ini unik kerana tiada satu perlawanan yang boleh menjamin kemenangan. 




"Setiap perlawanan mencabar. Tiada istilah perlawanan mudah," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Suhaimi.

Dalam pada itu, Wan Rohaimi, turut mengesahkan pasukannya bebas daripada sebarang isu penggantungan kad, namun masih meneliti tahap kecergasan tonggak pertahanan import, Faith Friday Obilor, yang baru pulih daripada demam.

"Kami perlu mendaki liga. Oktober ini merupakan paling mustahak bagi Penang kerana perlu melalui perlawanan sukar berdepan Negeri Sembilan, Kuching City dan dua pertemuan dengan JDT (Johor Darul Ta'zim).

"Kami harunginya dengan baik dan kami memerlukan tiga mata dalam perlawanan ini untuk mendekati pasukan di atas," katanya lagi.

 
Football

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.
Dapatkan Sekarang

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video