Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: KL City rayu enam mata dikembalikan, sedia bayar tambahan denda

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

syed.jpg
Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) yang baru, Syed Yazid Syed Omar, menegaskan bahawa isu pemotongan mata yang dikenakan oleh First Instance Body (FIB) terhadap Kuala Lumpur City susulan deklarasi penyediaan dokumen tidak tepat berlaku ketika pengurusan lama mengambil alih.

Selepas minggu ke-12 Liga Super Malaysia, The City Boys kini menghuni kedudukan kelapan dan mengumpul sebanyak 11 mata yang merupakan usaha dan keringat pemain yang berjuang tanpa pembayaran gaji.

Syed Yazid melontarkan hasrat untuk membuat rayuan segera demi menebus semula enam mata tersebut buat skuad kendalian Miroslav Kuljanac sekiranya perlu membayar tambahan denda daripada pihak Liga Bolasepak Malaysia (MFL) kerana merasakan penalti tersebut perlu ditanggung oleh pihak pengurusan bukannya melemahkan semangat pemain.

"Dalam hal ini kami akan membuat rayuan kepada MFL untuk mendapatkan semula enam mata itu kerana kesalahan dokumen sebelum ini tidak boleh dikenakan kepada pemain kerana mereka berusaha mendapatkan kemenangan menerusi dua permainan," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.


 

Sebagai rekod, FIB turut mengenakan hukuman sebanyak RM50,000 dan larangan perpindahan pemain sehingga penhujung musim 2024-25, sebelum ini.

"Sekiranya enam mata dikembalikan, kemungkinan denda RM50,000 itu akan dinaikkan.

"Pihak kami, KL City, sanggup membayar denda itu selagi kami berjaya memperoleh enam mata tersebut dan mendaki tempat ketiga liga," tambahnya.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video