Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Kemenangan ini bukan tentang individu, tetapi satu pasukan -- Sikh Izhan

sikh.jpg
Penjaga gol Penang, Sikh Izhan, enggan menganggap dirinya sebagai wira pasukan sebaliknya kredit diberikan sepenuhnya kepada rakan sepasukan yang berjuang habis-habisan bagi merealisasikan misi 3 mata Penang, malam tadi.

Sikh yang lebih mesra disapa dengan panggilan Koyen turut memberikan jaminan bahawa dia akan terus berusaha untuk bertindak selaku watak penting sebagai benteng terakhir skuad Harimau Kumbang dalam aksi akan datang.

Penang berjaya melakar kemenangan pertama dalam saingan Liga Super 2024/2024 selepas melakar tiga keputusan seri dan satu kekalahan.





"Saya hanya membantu beberapa sahaja tetapi yang banyak membantu adalah bahagian pertahanan, tengah dan setiap orang yang berada di atas padang termasuk jurulatih yang beri semangat.

"Saya ingin kekalkan momentum ini dan fokus untuk kerjaya saya, bahagian serangan kita menjadi hari ini. Ia bukan tentang individu tetapi tentang keseluruhan pemain yang beraksi." katanya kepada Nadi Arena.

Advertisement

Must Watch Video