Frank Lampard percaya pengurus Manchester City, Pep Guardiola, mungkin meminta terlalu banyak daripada pemainnya sambil menambah dia menimba lebih banyak pengalaman baru dalam Liga Perdana Inggeris berbanding dalam kempen LaLiga dan Bundesliga.
Musim pertama Guardiola di England tidak berjalan seperti apa yang diharapkan dengan City masih dalam perebutan kelompok empat terbaik bersama Liverpool, Arsenal dan Manchester United.
Tersingkir daripada saingan Piala FA dan Liga Juara-Juara Eropah dalam tempoh beberapa minggu ini secara langsung membuatkan Guardiola -- yang sedang ketinggalan 13 mata di belakang pendahulu, Chelsea -- akan menamatkan saingan musim ini tanpa sebarang trofi buat kali pertama dalam kariernya.
Sementara Lampard -- yang menghabiskan satu musim bersama City pada tahun 2014-15 -- berpendapat Guardiola mungkin meminta terlalu banyak daripada skuad yang diserahkan oleh Manuel Pellegrini.
"Saya yakin Guardiola mempelajari banyak perkara tahun ini sejak dia melibatkan diri dalam bidang kejurulatihan," Lampard memberitahu talkSPORT.
"Di Barcelona, dia memiliki skuad yang mantap -- yang telah pun memiliki corak permainan hebat -- tetapi dia meningkatkan lagi permainan mereka. Di Bayern Munich, dia terus dianugerahkan pasukan yang hebat.
"Manchester City juga memiliki pemain yang bagus tetapi dia menuntut aksi yang lebih daripada pemainnya.
"Tetapi tuntutan itu hanya mampu dipenuhi sekiranya pemain memiliki kebijaksanaan. Setiap pemain perlu tahu bagaimana untuk bertukar posisi, bagaimana untuk bergerak dan cara untuk bermain dalam posisi berlainan -- bagi saya dia meminta lebih daripada pemainnya."
Selepas diikat seri tanpa jaringan dengan Manchester United di Etihad kelmarin, City dijangka kembali ke rentak kemenangan apabila berdepan Middlesbrough, esok.