LIGA INGGERIS
Liga Perdana, Astro teruskan kempen perang cetak rompak
Premier League melancarkan fasa kedua kempen anti-cetak rompaknya di Malaysia. Kempen ‘Boot Out Piracy’ itu diteruskan bagi memberi penekanan mengenai kebahayaan saluran penstriman haram terhadap para peminat, seperti risiko kecurian data dan malware berbahaya, di samping terpaksa berdepan dengan pengalaman menonton yang tidak memuaskan disebabkan oleh pautan putus serta kelewatan.
Kempen tersebut yang dilancarkan pada hari ini, 16 Disember, akan menampilkan imej-imej para pemain kesayangan peminat seperti Marcus Rashford dari Manchester United, Jamie Vardy dari Leicester City, Son Heung-min dari Tottenham Hotspur dan Pengurus Liverpool, Jürgen Klopp, di dalam usaha Premier League menggesa para pengguna agar “Memilih yang Terbaik” dan “Mempamerkan Kualiti Terbaik” apabila menonton perlawanan. Mesej anti-cetak rompak juga akan dipamerkan di semua platform digital di Malaysia dan Hong Kong.
Premier League sentiasa komited dalam menangani cetak rompak dan akan terus menjalinkan kerjasama rapat dengan rakan penyiar rasmi, Astro bagi mendidik pengguna mengenai kebahayaan yang dihadapi oleh mereka apabila menonton saluran penstriman haram. Kedua-dua organisasi tersebut turut bekerjasama bagi mengambil tindakan tegas ke atas pengendali saluran penstriman haram serta menyekat laman sesawang yang berkenaan.
Iklan
Premier League yang beroperasi dari ibu pejabatnya di Singapura, telah bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di Malaysia dan Astro bagi menyekat akses kepada 38 laman sesawang paling popular yang menawarkan akses haram terhadap kandungan Premier League. Susulan daripada tindakan sekatan tersebut, analisis yang
Siaran Media Premier League
dilaksanakan menggunakan Similarweb* menganggarkan penurunan sebanyak 66 peratus pengunjung ke 50 laman sesawang atau web lanun di atas talian di Malaysia untuk kandungan Liga Perdana antara awal musim lalu dan Oktober 2020.
Di seluruh rantau Asia Tenggara, Premier League telah menyasarkan mereka yang bertanggungjawab mengendalikan saluran penstriman haram dan mengambil tindakan terhadap mereka melalui makamah masing-masing. Selain daripada berjaya menyekat banyak laman sesawang dan aplikasi haram di segenap pelusuk rantau ini, turut diambil ialah tindakan undang-undang terhadap pembekal peranti penstriman haram, yang bukan sahaja menawarkan kualiti kandungan yang tidak memuaskan tetapi
turut mencipta peluang kepada penjenayah siber untuk menyasarkan para peminat Premier League sebagai mangsa mereka.
Pengarah Perkhidmatan Perundangan Premier League, Kevin Plumb berkata, “Kempen ini adalah salah satu bahagian penting dalam usaha kami untuk mendidikkan para peminat. Bekerjasama dengan Astro, kami akan terus menentang cetak rompak menerusi tindakan undang-undang dan langkah menyekat saluran penstriman haram. Walau bagaimanapun, kami mahu memastikan para penyokong benar-benar faham bahawa cetak rompak bukan sahaja haram tetapi turut mengundang pelbagai risiko.
“Penstriman haram juga menyebabkan para peminat tidak dapat menyaksikan perlawanan berdefinisi tinggi dalam masa sebenar berserta dengan ulasan dan pandangan daripada para pemain serta pengurus pasukan. Kami mahu para peminat menikmati pengalaman menonton Premier League yang terbaik melalui saluran penyiaran rasmi, bukannya melalui sumber haram yang sentiasa terputus-putus serta lewat yang turut mengundang risiko malware dan ransomware berbahaya.”
Ketua Bahagian Sukan Astro, CK Lee berkata, “Dengan berlangsungnya musim 2020/21 dan kembalinya para penonton ke stadium, para peminat di Malaysia boleh turut sama merasai keseronokannya menerusi Astro, di mana mereka boleh mendapat liputan yang menyeluruh dan mengalamkan tontonan perlawanan bola sepak berkualiti tinggi. Saksikan semua perlawanan musim ini secara langsung di dalam HD dan strim menerusi Astro GO; dengan perlawanan terpilih di dalam
4K UHD menggunakan Ultra Box dan Astro Broadband kami. Terdapat juga 500 jam program sokongan seperti Fanzone, The Kelly & Wrighty Show, Premier League Today, perlawanan klasik, acara pra perlawanan, perbincangan pasca perlawanan dan sorotan perlawanan yang disiarkan di dalam TV dan
platform digital kami.”
Premier League mempunyai puluhan juta penyokong bola sepak di Malaysia, mereka juga merupakan ahli Gabungan Menentang Cetak Rompak Asia. Premier League akan terus bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan industri bagi menangani cabaran baru yang dialami oleh para penyiar di segenap rantau.
Kempen ini telah dibangunkan bersama-sama dengan agensi kreatif DDB Worldwide.
Must-Watch Video



