ITALI 1 JERMAN 1
Itali dan Jerman terikat 1-1 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A3, Liga Negara-Negara Eropah di Bologna awal pagi tadi.
Itali kendalian Roberto Mancini tewas 0-3 kepada Argentina dalam aksi Finalissima -- perlawanan yang mempertemukan juara Euro dan Copa America -- awal pagi Khamis lalu tetapi mereka mempamerkan peningkatan ketara di Stadio Renato Dall'Ara kali ini.
Azurri, yang melakukan satu percubaan terkena tiang gol menerusi Gianluca Scamacca dalam babak pertama, berada di depan pada minit ke-70 hasil gol peringkat antarabangsa keempat Lorenzo Pellegrini.
Bagaimanapun, Jerman hanya memerlukan tiga minit untuk kembali mengikat kedudukan hasil jaringan Joshua Kimmich.
Jerman jelas pasukan yang lebih baik pada awal permainan, di mana Serge Gnabry memaksa penjaga gol Itali, Gianluigi Donnarumma, menyelamatkan percubaan getir dari sudut sukar pada minit ke-15.
Percubaan kencang Thomas Muller kemudian dihadang Alessandro Florenzi selepas setengah jam permainan sambil di sisi bertentangan, Scamacca melepaskan rembatan jarak jauh untuk menguji Manuel Neuer.
Tandukan Scamaca pada awal babak kedua sedikit tersasar sebelum percubaan Matteo Politano terbias.
Pemain baru berusia 18 tahun, Wifried Gnonto, memberikan impak segera buat Itali selepas dimasukkan pada minit ke-65, di mana pemain itu melakukan satu lintangan gemilang dari sebelah kanan untuk ditolak masuk Pellegrini.
Bagaimanapun, kelebihan itu hanya bertahan selama tiga minit sebelum Kimmich melepaskan rembatan kecang dari jarak 10 ela untuk memastikan kedua-dua pasukan berkongsi mata.