BELGIUM 1 BELANDA 4
Belanda menamatkan kemarau kemenangan ke atas Belgium buat kali pertama sejak September 1997 menerusi aksi pertama Piala Negara-Negara Eropah di Brussel awal pagi.
Penantian selama 25 tahun itu ditamatkan dengan penuh bergaya oleh pasukan bimbingan Louis van Gaal berkenaan menerusi kemenangan 4-1 ke atas negara jiran mereka itu.
Steven Bergwijn -- yang dilaporkan akan kembali ke Belanda untuk bersama Ajax -- meletakkkan pelawat di depan pada minit ke-41.
Memphis Depay kemudian menjaringkan gol berganda pada minit ke-51 dan 65, yang mengapit jaringan Denzel Dumfries pada minit ke-61.
Dalam aksi kompetitif pertama mereka menjelang Piala Dunia Qatar 2022 pada November depan, Belanda kelihatan memberikan amaran bahawa mereka sudah mendapatkan prestasi terbaik bagi menghadapi pasukan Elit seperti Belgium, yang kehilangan Romelu Lukaku dan Eden Hazard pada awal permainan kerana kecederaan.
Michy Batshuayi kemudian merapatkan jurang buat Belgium dalam waktu kecederaan untuk pasukan di ranking kedua dunia itu sekadar memperoleh gol sagu hati.
Dengan keputusan itu, Belgium perlu segera bangkit menjelang aksi menentang Poland di stadium sama awal pagi Khamis ini manakala Belanda pula akan bertandang ke laman Wales pada hari yang sama.

65. BOEEEMMMM!! En daar is de 0-4! ?#NationsLeague #BELNED pic.twitter.com/qFzCldRGGE
— OnsOranje (@OnsOranje) June 3, 2022