Skip to main content

Bola Sepak

Liga A1 Semi-Pro: Selangor II kesal terlepas mata penuh

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ketua-jurulatih-selangor-ii,-christophe-gamel.jpg
SELANGOR II 1 ARMED FORCES 1 

Ketua jurulatih Selangor II, Christophe Gamel, menganggap hanya penyudah menjadi pemisah ketika mereka terlepas mata penuh, petang tadi. 


Selangor II merencatkan rekod tanpa kalah Armed Forces dalam Liga A1 Semi-Pro selepas terikat 1-1 di Stadium UPM, Serdang itu. 

Meskipun, anak buahnya gagal menterjemahkan 

"Pihak lawan sangat teratur tapi kami seharusnya mampu menang menerusi peluang yang dicipta. 

"Saya rasa kami bermain dengan baik cuma kurang berbisa depan gawang," katanya selepas perlawanan. 

Begitupun, ketua jurulatih Armed Forces, Kevin Lee Cooper, mampu mengekalkan momentum tanpa kalah ketika ini. 

"Kami sudah menyedari dari awal saingan sukar dalam perlawanan ini. 

"Pemain seharusnya mengutip pengalaman dalam perlawanan ini dalam memudahkan diri sendiri.  

"Di penghujungnya, perlawanan ini berlangsung sengit yang membuktikan betapa kedua-dua pasukan berusaha keras cuba mendapatkan mata penuh. 

"Saya berasa senang dengan rekod tanpa kalah dan ini mencerminkan bahawa kami mempunyai kualiti yang bagus," katanya. 


 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video