UM-DAMANSARA 0 JDT II 1
Johor Darul Ta’zim (JDT) II melepasi ranjau UM-Damansara dengan kemenangan tipis 1-0 meskipun dihukum dengan tiga layangan kad kuning dalam pertemuan Liga A1 Semi-Pro di Stadium UM Arena, Kuala Lumpur, petang tadi.
Pemain import dari Perancis, Enzo Lombardo, merancakkan aksi di pertengahan separuh masa pertama menerusi tandukan untuk menyambut lambungan Shafizan Arshad.
Bagaimanapun, percubaan cantiknya itu dipatahkan pertahanan tuan rumah, bagi menggagalkan jaringan pembukaannya dan kemasukkan Alif Mutalib menjamin pelawat untuk mengutip tiga mata setelah rembatannya dari luar kotak penalti pada minit ke-79 menggegar gawang lawan.
Padang becak memaksa skuad pelapis Harimau Selatan itu terpaksa bertungkus-lumus mempertahankan gol tunggal tersebut hingga tamat perlawanan.
"Cuaca sukar diramalkan dan permukaan padang langsung tidak boleh dimainkan dalam babak pertama dan awal babak kedua.
"Kami perlu sesuaikan diri, tidak dapat kawal lama bola.
"Apa pun, pemain-pemain sentiasa berjuang walaupun bergelut.
"Mereka terpaksa bekerja lebih keras," kata ketua jurulatih JDT II, Josep Ferre.