Sadio Mane menegaskan Robert Lewandowski merupakan salah seorang penyerang terbaik di dunia, tetapi tidak mahu terlibat dalam perbincangan mengenai masa depannya di Bayern Munich.
Lewandowski hangat dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona berikutan hasrat penyerang itu mencari cabaran baru selepas lapan musim di Sabenerstrasse dan 12 keseluruhannya dalam Bundesliga.
Dalam masa sama, Mane baru dipancing selepas minta dilepaskan Liverpool dengan kontraknya berbaki setahun selepas enam musim di kelab itu dengan membantu mereka memenangi Liga Perdana Inggeris, Piala FA dan Liga Juara-Juara (UCL), sambil turut memenangi Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) bersama Senegal pada 2021.
Bercakap dalam temu bual bersama BILD, Mane tidak mahu terjebak dalam sebarang polemik yang tidak perlu.
"Jelas sekali, Robert Lewandowski adalah salah seorang penyerang terbaik di dunia," katanya.
"Tetapi saya bukan orang yang tepat untuk bercakap tentang masa depannya atau untuk mengatakan apa yang perlu dilakukan oleh kelab."
Pemain berusia 30 tahun itu mendedahkan dia mula serius mengikuti perkembangan Bayern Munich pada musim lalu dengan meluahkan kekesalannya terhadap penyingkiran UCL di tangan Villarreal walaupun mendominasi permainan, sambil menyamakannya dengan penyingkiran Liverpool pada musim 2019-20.
Penyerang itu juga menegaskan dengan kehadirannya, prospek penyandang juara Bundesliga tersebut di kancah Eropah pasti lebih cerah.
"Sudah tentu saya menonton perlawanan itu. Bayern mencuba segala-galanya tetapi mereka tidak dapat melakukan yang terbaik," katanya.
"Saya tahu perasaan itu dengan baik, begitulah perasaan kami di Liverpool ketika menentang Atletico Madrid. Tetapi saya memberi jaminan kepada anda, musim depan pasti akan berbeza. Saya di sini sekarang dan kami akan memberikan segala-galanya.
"Kami perlu yakin bahawa kami boleh melakukan apa sahaja. Dan apabila saya melihat kualiti pasukan ini, saya fikir ia adalah antara yang terbaik di Eropah."

Bring on pre-season ??#MiaSanMia pic.twitter.com/vhhdAUZXjD
— FC Bayern Munich (@FCBayernEN) June 29, 2022