Skip to main content

Bola Sepak

Lewandowski dedah hampir sertai United pada 2012

robertlewandowski.jpg
Penyerang Bayern Munich, Robert Lewandowski, mendedahkan dia telah berbincang dengan Alex Ferguson mengenai perpindahan ke Manchester United pada 2012.

Pemain kebangsaan Poland itu kerap kali dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford ketika bersama Borussia Dortmund, di mana menikmati empat musim di Signal Iduna Park.

Bagaimanapun, perpindahan ke England tidak berhasil dan dia menyertai musuh Dortmund, Bayern, secara percuma pada 2014.

Dia meledak 266 gol dalam 307 penampilan untuk Bayern dan merupakan penjaring gol terbanyak dalam saingan Bundesliga, DFB-Pokal dan Liga Juara-Juara musim lalu ketika The Bavarian menjuarai treble.

Lewandowski minggu lalu diberikan penghargaan antara prestasinya selepas dinobat sebagai Pemain Terbaik FIFA 2020, tetapi kariernya mungkin melalui perjalanan berbeza jika BVB tidak menghalangnya untuk ke Liga Perdana Inggeris (EPL), katanya.

"Selepas tahun kedua di Dortmund, saya telah berhubung dengan Sir Alex Ferguson," kata Lewandowski kepada France Football. "Dia mahu saya ke Manchester. 



"Saya sangat berminat. Saya boleh katakan sudah bersedia, tetapi Dortmund tidak mahu melepaskan saya. Ia tidak mengecewakan saya kerana segalanya berjalan dengan baik di Borussia."

Ferguson kemudian mendapatkan khidmat Robin van Persie dari Arsenal menjelang musim 2012-13 dan dia membantu United to untuk menjulang gelaaran EPL dalam musim terakhir pengurus bertaraf legenda itu.
 

Advertisement

Must Watch Video