Prestasi cemerlang Robert Lewandowski tahun ini mampu menyaksikan dinobat sebagai Pemain Terbaik FIFA bagi 2020, menurut jurulatih Bayern Munich, Hansi Flick.
Penyerang prolifik Poland itu memainkan peranan ketika Bayern menjuarai treble bagi 2019-20, menyaksikan mereka dinobat sebagai juara Eropah, dan meneruskan kecemerlangan itu bagi musim baru.
Lewandowski berdepan persaingan sengit untuk mendapatkan anugerah itu daripada Lionel Messi, penyerang Juventus, Cristiano Ronaldo, Neymar dan bekas rakan sepasukan, Thiago Alcantara.
Tetapi Flick percaya penyerang Bayern itu adalah pilihan terbaik, dengan statistik bakal menjadi kayu pengukur sang pemenang.
Anugerah ini mengambil kira pencapaian antara bulan 20 Julai 2019 hingga 7 Oktober tahun ini. Pada masa itu, Lewandowski menjaringkan 60 gol, dengan 39 daripadanya terhasil dalam saingan Bundesliga.
"Kita semua di kelab berharap dia akan terpilih sebagai pemain terbaik tahun ini, kerana dia layak mendapatkannya," kata Flick.
"Semua harus menunggu dan melihat selepas undian akan dikeluarkan."
Pemain anugerah tersebut akan didedahkan 17 Disember ini di majlis The Best FIFA Football Awards.

?️ #Flick on @lewy_official: "He is fit and he will be available tomorrow."#packmas #FCUFCB pic.twitter.com/DwVEzTByy9
— FC Bayern English (@FCBayernEN) December 11, 2020