Kualiti hebat yang dimiliki Robert Lewandowski akan membolehkan Bayern Munich melalui musim yang cemerlang, kata bekas penyerang, Luca Toni.
Dua jaringan daripada penyerang itu membolehkan Bayern menang 4-0 ke atas Cologne, Sabtu lalu, sekali gus membolehkan Lewandowski meraih sembilan gol daripada lima aksi musim ini.
Penggempur berusia 31 tahun itu menandatangani kontrak baru sehingga 2023 bulan lalu dan meraih jaringan ke-200 dalam semua kejohanan selepas menyumbat gol dalam kemenangan 3-0 ke atas Red Star Belgrade dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah, minggu lalu.
Masa depan Lewandowski tampak tidak jelas sebelum pengumuman kontrak barunya tetapi Toni berharap pemain Poland itu mampu menghadirkan trofi ke Allianz Arena musim ini.
"Dia salah seorang pemain terbaik. Saya sangat sukakannya kerana dia berada di dalam petak penalti dan menyumbat banyak gol," katanya.
"Sukar untuk mengkritiknya. Dia seorang pemain hebat. Kadangkala memang dia tidak jaringkan gol.
"Kejayaan pasukan berdasarkan jumlah gol dihasilkan penyerang. Kami memiliki penyerang hebat seperti Lewandowski dan saya yakin dia boleh mengetuai Bayern meraih kejayaan."
Prestasi penggempur itu membolehkan Bayern meraih tiga kemenangan dan dua seri dalam lima aksi pertama liga musim ini, yang meletakkan mereka dua mata di belakang pendahulu, RB Leipzig.
Terdapat lima pasukan dengan 10 mata, termasuk Borussia Dortmund dan Toni mengharapkan saingan sengit musim ini tatkala Bayrn memburu kejuaraan kelapan berturut-turut.
"Bundesliga perlu menjadi saingan yang sengit," tambahnya.
"Di Itali, Juventus memenangi Scudetto musim lalu ketika saingan berbaki banyak perlawanan dan ia juga sering berlaku di Jerman dengan Bayern.
"Saya harap seluruh Bundesliga menjadi lebih menarik dengan cabaran daripada tiga atau lebih banyak pasukan. Mungkin pasukan bukan pilihan mampu memberi kesan kepada keputusan buat pasukan besar."
Dalam masa sama, bekas penyerang Itali itu juga menjangkakan saingan sengit dalam Serie A, melihat kepada Inter Milan yang dibimbing Antonio Conte dan Napoli yang meraih sentuhan Carlo Ancelotti mampu mencabar dominasi Juve.
"Juve adalah pasukan paling kuat," kata Toni.
"Mereka memiliki dua pasukan daripada 22 juara. Sukar untuk pasukan lain tetapi Inter meningkat dengan ketara ketika jendela perpindahan sambil Napoli melengkapkan skuad.
"Pasti bagus untuk bola sepak Itali jika banyak pasukan mencabar Scudetto. Inter, Napoli dan Juve, mereka adalah yang terbaik."