Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Lesen Kebangsaan: FIB digesa kongsi status permohonan kelab

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mfl-liga-m.jpg
Pemilik tiga gelaran Piala Malaysia yang juga pemerhati bola sepak tempatan, Asmawi Bakiri, menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan First Instance Body (FIB) semalam berkenaan proses permohonan lesen kebangsaan untuk musim 2025/26 sebagai tidak jelas. 

Kenyataan yang tidak memperincikan senarai kelab Liga Super yang sudah pun menyelesaikan permohonan, lebih-lebih lagi apabila hanya dua nama pasukan disebut secara langsung iaitu Melaka dan Imigresen menimbulkan persoalan ramai. 

Sebaliknya Asmawi berpendapat, FIB seharusnya mendedahkan senarai lengkap nama kelab yang sudah mahupun belum menghantar dokumen permohonan bagi gambaran lebih jelas mengenai situasi musim baru Liga Malaysia (Liga-M) kelak. 

"Jika boleh, adakan senarai petunjuk mengenai pasukan yang lulus, yang perlu dipertimbangkan dan dokumen tidak lengkap.





"Mungkin ia akan meredakan sedikit (segala) persoalan. 

"Supaya kita nampak adakah faktor kelemahannya (berpunca) daripada FIB, MFL (Malaysian Football League) atau pihak kelab," katanya di Nadi Arena sebentar tadi. 
 

Advertisement

Must Watch Video