Sevilla telah bersetuju untuk menandatangani khidmat pertahanan Nancy, Clement Lenglet, dengan kontrak empat tahun.
Pertahanan berusia 21 tahun itu akan menjalani pemeriksaan kesihatan pada Khamis bagi melengkapkan perpindahannya.
Lenglet membuat penampilan pertama bersama Nancy pada tahun 2013 sebelum dilantik kapten untuk kembali ke saingan Ligue 1 musim ini.
Meskipun masih pada iusia muda, Lenglet telah membuat 84 penampilan bersama skuad utama.
Sevilla dilaporkan telah membayar €4.5 juta (RM21 juta) bagi mendapatkan pemain itu, selepas kehilangan Timothee Kolodziejczak yang menyertai Borussia Monchengladbach.
Pemain berusia 25 tahun itu bakal berkhidmat buat kelab Jerman itu sehingga tahun 2021.
Satu kenyataan dikeluarkan Sevilla menjelaskan: "Sevilla FC mahu mengucapkan selamat berjaya dan terima kasih kepada Kolodziejczak atas sumbangannya."