Skip to main content

Bola Sepak

Leicester sentak rentak kemenangan Manchester United

vardy.jpg
LEICESTER CITY 2 MANCHESTER UNITED 2

Hasrat Manchester United untuk meneruskan 10 kemenangan berturut-turut di tempat lawan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) berkecai selepas seri 2-2 dengan Leicester City, sebentar tadi.


United hampir menyamai pencapaian 11 rentetan kemenangan Chelsea dan Manchester City ketika Bruno Fernandes meletakkan mereka di depan menuju 11 minit wisel penamat, tetapi Harvey Barnes memadam kelebihan pelawat yang terlebih dahulu memecah kebuntuan perlawanan menerusi Marcus Rashford.

 


Jamie Vardy memastikan kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati untuk berkongsi satu mata ketika berbaki lima minit permainan selepas rembatannya bergolek ke kaki pertahanan The Red Devils, Axel Tuanzebe, terlebih dahulu seterusnya mengelirukan penjaga gol, David De Gea. 

Keputusan itu menyaksikan United kekal satu mata di belakang The Foxes sementara empat mata di belakang pendahulu, Liverpool, yang akan menentang West Brom pada tengah malam esok. 


 

Advertisement

Must Watch Video