Pengurus Inter Milan, Simone Inzaghi, percaya Lautaro Martinez sepatutnya sedang bersaing untuk merebut Ballon d’Or.
Penggempur itu telah menyumbangkan 11 gol dalam sembilan perlawanan Serie A musim ini termasuk empat gol ketika membelasah Salernitana 4-0 bulan lalu.
Dia turut meledak dalam perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara (UCL) ketka seri 1-1 di Real Sociedad bulan lalu.
Martinez meniti landasan tepat untuk mengatasi rekod jaringan semusim Serie A iaitu 36 gol yang dilakar oleh Gonzalo Higuain buat Napoli pada 2015-16 dan Ciro Immobile untuk Lazio pada 2019-20.
Menjelang pertembungan UCL dengan RB Salzburg di San Siro awal pagi esok, Inzaghi berasakan anak buahnya itu yang memenangi Piala Dunia bersama Argentina tahun lalu layak mendapat pengiktirafan dalam Ballon d'Or.
Inzaghi memberitahu sidang akhbar: “Ya, memandangkan perjalanan yang dilaluinya dan trofi yang dimenanginya, saya fikir adalah wajar dia antara calon untuk memenanginya dan dia perlu meneruskan usahanya dengan cara yang serupa.
“Apa yang terlintas di fikiran kita ialah rekod Ciro kerana dia mencapainya di bawah bimbingan saya. Lauti baru pulang dari Amerika Selatan (kurang dari dua hari) dan dia berada dalam keadaan yang baik, bahkan kami menawarkan segala sokongan yang diperlukannya.”
Inter yang menguasai puncak Serie A sedang menghuni tangga kedua Kumpulan D di belakang Sociedad berdasarkan perbezaan gol.
“Ini adalah satu perlawanan yang sukar kerana saingan dalam kumpulan ini sangat seimbang. Setiap perlawanan adalah penting dan kami perlu memberi tumpuan yang tinggi,” katanya.
“Menuju ke perlawanan ini, kami mempamerkan aksi yang bagus. Kami menewaskan Torino dan ia bukan satu tugas mudah. Perlawanan esok adalah penting dalam kumpulan yang sangat seimbang.
“Kami perlu kekal fokus kerana Salzburg adalah sebuah pasukan yang sukar untuk dihadapi dan mengalahkan Benfica di tempat lawan dalam perlawanan pembukaan.
“Salzburg beraksi dengan bagus dan mempunyai sistem permainan yang agresif walaupun mereka mempertaruhkan corak permainan berbeza ketika menghadapi kami dalam perlawanan persahabatan pra-musim.
“Mereka tahu cara menukar strategi dan sebaik menguasai bola, mereka dengan segera menghantarkannya kepada penyerang mereka yang mempunyai kekuatan fizikal. Kami perlu menghasilkan persembahan sebenar Inter."

See what Simone Inzaghi and Henrikh Mkhitaryan had to say on the eve of #InterSalzburg (?? subtitles) ?#ForzaInter #UCL
— Inter (@Inter_en) October 23, 2023