Frank Lampard yakin Timo Werner akan melepasi waktu sukarnya di Chelsea.
Chelsea berada dalam tekanan menjelang perlawanan menentang West Ham di laman sendiri awal pagi Selasa ini selepas tewas dua perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) berturut-turut di tangan Everton dan Wolves.
Seandainya tewas sekali lagi, ia akan menjadi rekod terburuk mereka dalam liga divisyen utama itu sejak lima tahun lalu.
Pemain kebangsaan Jerman, Werner, yang tiba di Stamford Bridge dengan perpindahan berprofil tinggi daripada RB Leipzig, tidak menjaringkan gol dalam lapan perlawanan dalam kesemua kejohanan.
Dia turut gagal mencipta impak dalam perlawanan menentang Everton dan Wolves tetapi Lampard menegaskan bahawa tindakannya meletakkan pemain itu di bahagian kiri jentera tiga penyerangnya bukan penyebab Werner gagal beraksi baik.
Ditanya mengapa dia memilih untuk meletakkan Werner di bahagian kiri, pengurus Chelsea itu berkata: "Atas sebab lain, kami mempunyai rujukan yang besar buat seorang pemain sasaran (Olivier Giroud).
"Timo ketika bersama Leipzig dan Jerman bermain dengan banyak peranan berbeza, jadi ia bukan satu masasah kerana dia sudah biasa bermain di posisi itu tetapi Timo dan Christian (Pulisic) boleh bermain di bahagian kiri dan kanan.
"Ia boleh memberikan pihak lawan masalah. Saya suka apabila mempunyai pilihan untuk mengubahnya apabila tiba masanya.
"Tentang Timo, setiap penjaring gol mahu sentiasa menjaringkan gol tetapi harus memiliki kekuatan mental dan keyakinan untuk melalui waktu seperti itu.
"Semua penyerang seperti itu. Ia bukanlah satu masalah. Dia memerlukan masa untuk terus masuk ke kawasan itu dan jaringannya akan tiba, tiada sebarang keraguan," katanya.

Lampard says it would have been really beneficial for player welfare if five subs had been approved, but he recognises the decision has been made and we must carry on as we were.#CHEWHU
— Chelsea FC (@ChelseaFC) December 18, 2020