LIGA INGGERIS
Lampard: Penyokong Chelsea sudah boleh impikan kejuaraan EPL
Frank Lampard berkata penyokong Chelsea sudah boleh mengimpikan untuk memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) sambil memberikan amaran buat skuad The Blues itu untuk memperbaiki prestasi selepas melonjak ke tangga teratas liga.
Chelsea kini berada di puncak liga menjelang perlawanan 'derby' London di antara Tottenham dan Arsenal selain pertembungan Liverpool dan Wolves malam ini.
Ia selepas mereka menewaskan Leeds United 3-1 di Stamford Bridge awal pagi tadi.
Iklan
Olivier Giroud, Kurt Zouma dan Christian Pulisic muncul penjaring untuk Chelsea buat seketika mengatasi Tottenham dan Liverpool dengan satu mata.
Chelsea tidak pernah tewas sepanjang 13 perlawanan dalam kesemua kejohanan, termasuk sembilan perlawanan EPL berturut-turut, dan ia menyinarkan harapan baru di Stamford Bridge, di mana penyokong sudah mula dibenarkan untuk hadir ke stadium biarpun secara bersyarat berikutan pandemik COVID-19.
Kelab itu tidak pernah menjuarai EPL sejak Antonio Conte melakukannya dalam musim 2016-17.
Bercakap dalam sidang media selepas perlawanan, pengurus Chelsea, Lampard, yang pasukannya berada di tangga teratas EPL buat kali pertama sejak 2018, berkata kepada wartawan: "Tiada sebarang masalah sekiranya penyokong kami memikirkannya (kejuaraan EPL). Amat baik untuk melihat mereka kembali, input yang dibawa mereka amat besar, sorakan yang dilakukan mereka amat kuat.Bagsman.#CHELEE pic.twitter.com/HjDpbGuj4H— Chelsea FC (@ChelseaFC) December 5, 2020
"Anda dapat melihat betapa terujanya mereka apabila kami berada di puncak liga.
"Tugas saya dan tugas kami adalah untuk menyedari bahawa musim ini masih panjang dan persoalan berikutnya adalah mengenai setekal mana kami dengan prestasi seperti ini, seberapa banyak kami boleh meningkat kerana saya percaya masih banyak yang kami boleh lakukan dan akan ada banyak cabaran selepas ini. Nikmatilah hari ini," katanya.
Must-Watch Video