Lamine Yamal telah berdepan kritikan kerana interaksi santainya dengan Raja Felipe VI dari Sepanyol berikutan kemenangan aksi final Copa del Rey Barcelona ke atas Real Madrid.
Selepas perlawanan itu, pemain berusia 17 tahun itu dikecam kerana kelakuannya ketika pasukan bertemu Raja Felipe VI.
Daily Mail melaporkan bahawa Yamal, yang memakai dua pasang cermin mata hitam dengan jersi terbalik, sekadar menyapa secara kasual berbanding berjabat tangan apabila dia bertemu dengan raja.
Interaksi antara pemain dan Raja Felipe menarik perhatian di media sosial, dengan tuduhan tidak menghormati raja.
Perlu diingatkan juga bahawa raja bukan asing bagi Yamal dan pernah bertemu dengannya beberapa kali, malah melahirkan rasa terkejut dengan kejayaan pemain muda itu, lapor SPORTbible.
Perlawanan akhir Copa Del Rey yang berlangsung 26 April lalu, berakhir dengan penuh dramatik menyaksikan kekecewaan Real Madrid memuncak pada penghujung masa tambahan, dengan kad kuning dan merah dilayangkan kepada pemain utama, termasuk pengurus Carlo Ancelotti dan pemain Antonio Rudiger, Lucas Vazquez dan Jude Bellingham.
Jaringan Jules Kounde menjadi pemisah buat Barcelona untuk bergelar juara pada masa tambahan selepas kedudukan terikat 2-2.
Yamal telah menjadi salah satu bintang paling cemerlang dalam bola sepak Eropah, dengan Barcelona masih dalam Liga Juara-Juara dan mendahului empat mata berbanding Real Madrid dalam La Liga ketika mereka menyasarkan untuk meraih treble musim ini.
Permulaan mengagumkan Yamal dalam karier seniornya termasuk 19 penampilan untuk Sepanyol dan memainkan peranan penting dalam kejayaan pasukan Euro 2024.