Dengan reputasi sebagai sebuah pasukan yang baik daripada segi ranking dunia FIFA, sudah pasti ia nampak memberi kelebihan kepada Kyrgyzstan berbanding dengan Malaysia.
Namun, itu bukan kayu pengukurnya, sebaliknya Harimau Malaya berjaya melakar kejutan apabila berjaya menewaskan anak didik Stefan Tarkovic itu dengan penuh bergaya sekali walaupun pada awalnya difikirkan sudah tidak punya harapan untuk memperolehi kemenangan.
Tetapi dengan karakter dan keinginan serta keazaman yang tinggi serta formasi 3-4-3 banyak membantu kebangkitan semangat berpasukan yang ditonjolkan oleh anak didik Kim Pan-gon. Ini boleh dilihat dalam separuh masa kedua, terutama setelah ketinggalan kepada pasukan lawan, namun atas semangat cintakan negara mereka terus fokus dan percaya kepada kemampuan diri mereka sendiri.
Itu dibuktikan oleh Arif Aiman yang berjaya memainkan peranan sebagai pemain sayap berkualiti dan keazaman yang tinggi sehingga beliau berjaya melakukan empat umpanan yang membawa kepada jaringan-jaringan Harimau Malaya. Kepantasan dan skil individu yang tinggi serta keputusan-keputusan tepat ketika membuat keputusan telah memerangkap lawan, terutama pertahanan kiri Kyrgyzstan. Itulah keistimewaan yang dimiliki pemain kelahiran Pahang dan pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) itu.
Sementara di bahagian pertahanan pula, lihat bagaimana pengalaman yang dimiliki Dion Cools telah berjaya mengawal situasi tekanan dengan tenang sekali.
Itulah hasilnya apabila bermain di liga yang kompetatif dan berkualiti, di eropah terutamanya. Atas semua kombinasi itu yang dibawa Dion Cool, ia telah memangkin semangat berpasukan yang jitu dikalangan pemain-pemain Harimau Selatan dan itu membuatkan Harimau yang terluka bingkas bangkit membaham lawannya.