Skip to main content

Permotoran

Zulfahmi dedah pasukan Moto2 sudah mula buru Hakim Danish, mahu elak sasaran masa panjang terjejas

Zulfahmi dedah pasukan Moto2 sudah mula buru Hakim Danish, mahu elak sasaran masa panjang terjejas

Hakim Danish menyerahkan sepenuhnya kepada Pengurus ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin, dalam menentukan masa depannya selepas ini sama ada beralih ke saingan Moto2 atau kekal dalam kategori Moto3.

Menurutnya, ketika ini dia selesa beraksi dalam kategori tersebut dan ingin berada sekurang-kurangnya untuk tempoh setahun lagi sebelum memikirkan untuk berhijrah ke saingan Moto2.

Manakala, pengurus pasukan, Zulfahmi Khairuddin menyifatkan dia lebih gemar untuk Hakim Danish kekal berada dalam saingan Moto3 ketika ini, namun pelbagai tawaran hebat dari beberapa pasukan besar kategori Moto2 sudahpun diterima.

Zulfahmi mengakui perlu bertindak bijak dan tidak boleh terburu-buru dalam membuat keputusan bagi memastikan sasaran jangka masa panjang tidak terganggu.

"Sudah tentu saya melihat peluang yang ada dan meneliti beberapa perkara yang boleh membantu meningkatkan lagi perkembangan Danish pada masa depan," katanya.

"Saya perlu berbincang secara terperinci kerana keputusan ini tidak boleh dibuat mengikut emosi atau semata-mata melihat tawaran wang. Dalam sukan permotoran, kita perlukan perancangan jangka panjang dan persekitaran pasukan yang baik.

"Hakim Danish hanya perlu fokus kepada tugasnya sebagai pelumba, manakala saya akan memainkan peranan mencari pasukan terbaik untuknya," katanya.
 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video