Skip to main content

Bola Sepak

FAM perlu bertegas -- Richard Scully

FAM perlu bertegas -- Richard Scully

Ini apa yang berlaku jika tiada ketegasan dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Ia perkara baru dalam senario bola sepak negara, isu pelepasan pemain sering menjadi topik perbincangan dan kali ini Selangor berkeras pertahan pemainnya daripada terlibat dengan sebarang penganjuran di luar dari kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Ini bukan hal baru, namun perkara ini berulang lagi berpunca dari tiadanya ketegasan badan induk FAM dalam menangani hal yang sama sebelum ini.

"Sebarang tugasan yang melibatkan untuk skuad kebangsaan, mereka perlu mengetepikan sentimen kelab. Perkara ini pernah berlaku melibatkan kelab lain dan tiada sebarang tindakan mahupun keluhan yang dikeluarkan seperti yang berlaku ketika ini apabila pasukan Selangor tidak melepaskan pemain mereka bermain dalam saingan Piala Hyundai ASEAN kali ini," katanya. 

Selangor tidak melepaskan pemainnya ekoran kejohanan dwitahunan itu tidak berlangsung dalam kalendar FIFA.

Dan hal itu membawa kepada keputusan tegas ketua jurulatih Selangor, Kim Pan-gon, agar tidak melepaskan pemainnya yang baru sahaja berada di fasa awal bagi persediaan musim baru.

Dalam situasi ketika ini, Richard berpendapat, semangat bersatu padu semua pihak perlu ada, demi kembalikan semula maruah skuad kebangsaan yang melalui saat sukar kebelakangan ini.

"Keadaan semasa ternyata tidak memihak bola sepak negara ketika ini. Dan sebagai rakyat Malaysia, apa tanggungjawab kita untuk membantu situasi ini? Adakah kita akan mengundur ke belakang? Biarlah susah dan senang kita harus bersama pasukan kebangsaan. Apa yang berlaku sekalipun yang penting demi lencana di dada."

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video