BOLA SEPAK
KPG: Tidak peduli impian Malaysia ditertawakan negara lain.
Ketua Jurulatih Kim Pan Gon menekankan bahawa sasaran utama skuad Harimau Malaya dalam kempen kelayakan Piala Dunia Zon Asia ialah menempatkan diri dalam kelompok 18 pasukan teratas, iatu kemaraan ke pusingan ketiga kempen kelayakan.
Bagi Pan Gon ini adalah sasaran yang jelas dan jadi impian pasukan negara.
"Sasaran kami di kelayakan Piala Dunia ialah peringkat 18 pasukan teratas," kata Pan Gon dalam sidang akhbar pada Rabu. "Ia cabaran besar buat Malaysia kerana ranking (dunia) ketika ini ialah pada kedudukan 137.
Iklan
"Negara lain mungkin ketawa (sasaran Malaysia), tetapi bagi kami ini (18 pasukan teratas) adalah impian kami."
.jpg)
Untuk capai impian ini, Malaysia perlu menamatkan saingan kelayakan pusingan kedua selaku juara atau naib juara kumpulan.
Dan jika lolos ke pusingan kelayakan ketiga ia akan membuka peluang buat Malaysia untuk cuba cipta sejarah layak ke Piala Dunia 2026 dengan muncul antara enam pasukan terbaik dalam tiga kumpulan kelayakan.
"Kami memang mahu berada dalam 18 teratas bagi membolehkan kami mencabar pasukan ranking terbaik di Asia,," kata Pan Gon. "Selepas itu kami mahu cipta satu lagi impian.
"Ia memang cabaran besar tetapi ini jelas objektif kami"
Malaysia diletakkan dalam Kumpulan D bersama Oman, Kyrgyzstan dan Taiwan dalam saingan kelayakan pusingan kedua.
Must-Watch Video