BAYERN MUNICH 6 MAINZ 1
Niko Kovac tidak tertarik dengan aksi longlai Bayern Munich meskipun juara bertahan itu menewaskan Mainz 6-1, malam tadi.
Jean-Paul Boetius mengejutkan Allianz Arena apabila menjaringkan gol pembukaan pelawat pada minit keenam.
Pemain baru Bayern, Philippe Coutinho dan Ivan Perisic, berada dalam kesebelasan utama buat kali pertama dan pemain kebangsaan Croatia itu membantu Benjamin Pavard menjaringkan gol penyamaan berselang setengah jam selepas gol pembukaan Mainz.
Gol menarik David Alaba meletakkan Bayern di depan dalam babak pertama sebelum Perisic, Kingsley Coman, Robert Lewandowski dan pemain gantian, Alphonso Davies, memastikan pesta gol Bayern dalam babak berikutnya.
Kovac, bagaimanapun, mengkritik corak permulaan Bayern meskipun mereka meraih kemenangan pertama musim ini selepas terikat seri dengan Hertha Berlin dalam perlawanan pembukaan.
"Kami terlalu keletihan hingga waktu rehat pertama," katanya dalam laman web rasmi pasukan.
"Kami tidak dapat membalas aksi agresif Mainz, kami sangkakan ia mudah.
"Kemudian, hantaran kami menjadi lebih pantas, kami memancing mereka ke bahagian tengah dan melakukan gerakan yang baik di bahagian sayap.
"Gol David Alaba sebelum waktu rehat amat penting.
"Perlawanan ini sudah berakhir sebaik kami menjaringkan gol keempat.
"Kami akan melalui waktu rehat antarabangsa selama dua minggu dengan gembira," katanya.
Gol daripada sepakan penjuru Alaba menjadi momen paling penting dalam perlawanan itu dan pemain kebangsaan Austria berkenaan bersetuju dengan peniliaian Kovac.
"Kami bergelut sepanjang 20 minit pertama, kami tidak cukup agresif, kami tidak cukup pantas.
"Kami juga melakukan beberapa kesilapan dan ia amat sukar.
"Mainz melakukannya dengan amat baik. Kami bangkit selepas tempoh rehat pertama.
"Saya bangga menjadi sebahagian daripada pasukan ini.
"Semua orang berlatih dengan bersungguh-sungguh, anda dapat lihat mereka amat cintakan bola sepak.
"Apabila kami berlatih sebagai satu unit, hujung minggu kami akan menjadi hebat," katanya.