Pemain Felda United dinasihatkan agar menepis sikap ambil mudah terhadap kemampuan pasukan lawan walaupun sudah mendahului dalam sesuatu perlawanan.
Ketua jurulatihnya, Mohd Nidzam Jamil, berkata anak buahnya perlu mempamerkan mutu permainan yang lebih konsisten sehingga wisel penamat agar tidak dihukum dengan kekalahan.
Dalam aksi kedua Kumpulan D, Piala Malaysia 2019 malam tadi, Felda United terpaksa akur dengan keputusan 3-4 biarpun pada awalnya mendahului PDRM.
"Saya rasa kami perlu ubah cara bermain. Pemain hilang posisi dan terlalu ambil mudah. Percubaan kami pada hujung perlawanan juga tidak tepat dan apabila pasukan lawan mengejar, pemain saya tampak lebih panik.
"Saya bukan menyalahkan pemain tapi mahu menegur cara mereka.
"Kalau kami berasa dengan mendahului 3-1 sudah mencukupi, itu silap. Dua, tiga minit terakhir dalam perlawanan bola sepak adalah sangat penting," katanya kepada pemberita selepas perlawanan di Stadium Hang Jebat, malam tadi.
Nidzam berkata dalam perlawanan bola sepak, sesebuah pasukan itu tidak boleh cepat berpuas hati, sebaliknya perlu fokus hingga tamat perlawanan walaupun pihak lawan bermain dengan 10 orang.
Beliau mengakui PDRM beraksi dengan lebih baik selepas bertahan dengan 10 pemain dan tidak terkejut sekiranya PDRM mampu melangkah lebih jauh ke saingan suku akhir kerana semangat tidak mudah menyerah kalah yang ditampilkan mereka.
"Apa pun, kami akan menggunakan tempoh kira-kira 10 hari untuk berlatih dan memantapkan permainan selain mahu mereka memberi perhatian sepenuhnya kerana sikap rasa selesa dengan kekurangan lawan boleh membawa padah kepada pasukan," katanya.
Felda United dijadualkan bertemu Melaka United di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Sabtu depan.
-- BERNAMA