Ronald Koeman teruja dengan masa depan Barcelona walaupun kini tanpa penyerang bertaraf bintang, Lionel Messi.
Messi menamatkan 21 tahun kerjasama dengan Barca selepas gergasi Catalan itu gagal memperbaharui kontrak ekoran had gaji LaLiga.
Pemenang Ballon d'Or enam kali itu menjadi ejen bebas 1 Julai lalu dan mengesahkan kemungkinan untuk menyertai Paris Saint-Germain (PSG).
Barcelona memasuki musim baru tanpa Messi buat pertama kalinya sejak 2003-04, tetapi Koeman kekal optimis mengenai prospek pasukannya.
Bercakap menjelang perlawanan Trofi Joan Gamper bertemu Juventus semalam di Estadi Johan Cruyff, pengurus kelahiran Belanda itu berkata, "Walaupun tanpa Messi, kami sangat teruja dengan musim ini.
"Dengan kemasukan beberapa bakat muda, yang merupakan masa depan kelab ini, kami mempunyai skuad yang hebat. Kami yakin kami akan memberikan banyak kegembiraan kepada penyokong musim ini.
"Dengan sedikit pertolongan dan pengorbanan kita akan mencapai yang maksimum. Kami tahu apa maksudnya bagi Barcelona dan apa yang diwakili oleh kelab ini."