EIBAR 0 BARCELONA 1
Ronald Koeman yakin kempen pertamanya mengendalikan Barcelona boleh dianggap positif dan yakin dia akan tetap mengemudi mereka musim depan.
Barca menewaskan Eibar menerusi jaringan tunggal Antoine Griezmann dalam perlawanan terakhir LaLiga musim ini, awal pagi tadi, untuk mengesahkan kedudukan ketiga, lima mata di belakang Real Madrid dan tujuh mata dijurangkan dengan Atletico Madrid.
The Catalan juga disingkirkan Paris Saint-Germain (UCL) di peringkat 16 Liga Juara-Juara (UCL) selain tumpas kepada Athletic Bilbao dalam Supercopa de Espana, Januari lalu.
Pasukan bimbingannya itu kemudian menewaskan Athletic dalam final Copa del Rey bulan lalu, lantas pengurus Belanda tersebut menganggap trofi berkenaan sebagai penyelamat mereka musim ini.
"Kami memenangi banyak mata liga sejak awal 2021 dan memenangi piala dengan cara yang cemerlang," katanya selepas kemenangan lewat di Ipurua itu.
"Kami gagal mengambil kesempatan di puncak saingan ketika menguasainya dan kami harus belajar daripada situ.
"Sekiranya pada Ogos lalu anda memberitahu saya bahawa kami akan memenangi trofi dan berjuang untuk LaLiga ketika berbaki dua atau tiga perlawanan lagi, saya pasti menolaknya.
"Harapan yang digalas kami sepanjang musim ini terlalu tinggi -- begitulah cara saya melihatnya. Itulah sebabnya saya fikir ia bukan musim yang buruk, jauh daripada itu.
"Ini bukan musim terbaik jadi anda tidak boleh meminta dua trofi setiap tahun, bahkan buat pasukan yang di kemuncak prestasi."
79 mata yang dikutip skuad asuhan Koeman itu merupakan yang terendah berbanding mana-mana pengurus Barcelona sepanjang 38 perlawanan liga pertama mereka sejak rekod Frank Rijkaard (72) pada 2003-04.
Ia menjadi musim pertama Barca berada di luar dua tangga teratas sejak 2007-08 dan satu-satunya menjadi musim kedua berturut-turut tanpa menguasai tempat teratas di antara 2006 dan 2008.
Begitupun, Koeman -- yang memberi isyarat kurang menerima sokongan daripada pihak atasan dalam sidang berita pra-perlawanan -- menegaskan dia masih di peringkat awal proses perubahan jangka panjang di Catalonia walaupun ada laporan yang mengaitkannya akan digantikan pada musim depan.
"Saya rasa ini bukan perlawanan terakhir saya," katanya.
"Saya masih mempunyai kontrak dan saya tidak tahu. Anda (di pihak yang) banyak membincangkannya tetapi saya tetap tenang. Sekiranya kelab ingin mengubah sesuatu, mereka mesti bercakap dengan saya.
"Sejak saya hadir, satu-satunya pemain yang ditandatangi ialah Sergino Dest iaitu pada hari terakhir jendela perpindahan. Skuad ini tidak berada di tahap seperti yang kami mahukan di Barca.
"Ramai pihak di kelab ini bersetuju dengannya. Kami berusaha meningkatkan skuad. Ada pemain yang lebih tua yang masih mampu mengerahkan kudrat.
"Pemain yang lebih muda pula perlu menimba pengalaman dan akan menjadi lebih baik. Anda tidak boleh merombak skuad dalam tempoh semusim sahaja."
Dalam masa sama, Atleti kekal mendahului puncak untuk ditabalkan juara tetapi Koeman tidak mengeluh mengenai kehilangan kedudukan itu.
"Atletico memang layak memenangi kejuaraan ini," katanya lagi.
"Mereka telah memimpin untuk sekian waktu dan mempunyai skuad yang sangat baik.
"Secara umumnya, mereka sedikit lebih baik daripada Real Madrid dan Barcelona. Tahniah kepada mereka, tidak lebih dari itu."

We Won but do we want to win like this. An xG of 0.29 against last placed Eibar which had a xG of around 2 against us. This game makes us understand the importance of Lionel Messi and the weaknesses in the team. I really hope Laporta does what he said and brings radical changes. pic.twitter.com/lZsRliGa1N
— Aniruddha Gupta (@anigupta510) May 23, 2021